KUALA TERENGGANU: Seekor penyu Agar betina ditemukan mati dengan kesan kelar di bahagian leher di perairan Pulau Kapas dekat Marang, dipercayai dibunuh pihak tidak bertanggungjawab.
Setiausaha Persatuan Pemuliharaan Pulau Kapas Mohd Farith Rezza Isa berkata bangkai dengan berat kira-kira 80 kilogram dengan anggaran umur 45 hingga 50 tahun itu ditemukan dalam keadaan terapung oleh pengusaha bot pulau peranginan berkenaan kira-kira 11.30 pagi tadi.
"Hanya ada satu kesan kelaran di bahagian leher dan organ dalaman penyu itu masih berada dalam keadaan yang baik.
"Laporan telah dibuat kepada Jabatan Perikanan Negeri Terengganu dan bangkai itu juga telah ditanam. Kami menggesa siasatan sewajarnya dilakukan segera agar tindakan undang-undang boleh diambil terhadap pelaku tersebut," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.
Difahamkan, ini adalah kes pertama melibatkan kematian penyu akibat unsur khianat pada tahun ini.
Sementara itu, Ketua Makmal Penyelidikan Luar, Institut Oseanografi dan Sekitaran Universiti Malaysia Terengganu Dr Mohd Uzair Rusli berkata penyu itu dipercayai mati kurang dari 48 jam kerana bangkainya masih belum kembang dan tidak pecah.
"Kebiasaannya, tindakan mengelar leher penyu ini adalah bertujuan memastikan penyu mati dengan cepat untuk menyelamatkan pukat.
"Sekiranya memang benar ia mati akibat perbuatan khianat, kita percaya perbuatan kejam ini berlaku dalam perairan negara kerana nelayan asing tidak akan meninggalkan bangkai seperti itu kerana ia mempunyai harga di pasaran," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jul 21 2022
Seekor penyu Agar betina ditemukan mati dengan kesan kelar di bahagian leher di perairan Pulau Kapas dekat Marang, dipercayai dibunuh pihak tidak bertanggungjawab. - Gambar fail
Malaysia, Uzbekistan akan ubah jawatankuasa bersama dalam perdagangan kepada suruhanjaya bersama
Malaysia dan Uzbekistan telah bersetuju untuk mengaktifkan Jawatankuasa Bersama Perdagangan Antara Kerajaan dan mengubah jawatankuasa itu menjadi Suruhanjaya Bersama Antara Kerajaan.
13 negara gesa sekatan terhadap Israel daripada serang Rafah
Antara negara yang menandatangani surat berkenaan ialah Australia, yang mana menteri-menteri luar negara terbabit turut meminta gencatan senjata yang mampan.
Sekolah di bandar Bitung ditutup
Sekolah-sekolah ditutup di Bandar Bitung selepas abu dan hujan dari gunung berapi Ruang mencurah di Sulawesi Utara Indonesia.
Brazil dipilih sebagai tuan rumah Piala Dunia Wanita FIFA 2027
Brazil akan menjadi tuan rumah Piala Dunia Wanita Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) 2027 selepas undian di Kongres FIFA ke-74 pada Jumaat.
40 senator Thailand mohon pemecatan Srettha
Ketika rombakan Kabinet bulan lalu, senator itu membantah pelantikan bekas peguam, Pichit Cuenban, sebagai Menteri di pejabat Srettha.
Lelaki bakar rumah ibadat ditembak mati
Polis menembak mati seorang lelaki bersenjata yang membakar rumah ibadat di Rouen Perancis.
Bayaran dam dan korban melalui THiJARI diteruskan
Lembaga Tabung Haji (TH) meneruskan perkhidmatan bayaran dam dan korban melalui aplikasi THiJARI untuk musim haji tahun ini seperti tahun-tahun sebelumnya, bagi memudahkan bakal jemaah haji negara untuk melunaskan tanggungjawab masing-masing.
Singapura kutuk, nasihat warganya di Malaysia berhati-hati
Singapura mengutuk sekeras-kerasnya serangan ke atas Balai Polis Ulu Tiram di Johor pada Jumaat, yang mengakibatkan kematian dua anggota polis dan mencederakan seorang lagi.
Pengajaran kepada kita, akibat fahaman radikal
Insiden yang menimpa dua anggota polis di Ulu Tiram patut dijadikan sebagai pengajaran akibat bila berfahaman radikal.
KJ beri gambaran tak cepat kembali ke dunia politik, jika mampu bertahan
Khairy Jamaluddin berkongsi pengalaman dalam program Ayuh Johor, termasuk melibatkan kejayaan ketika menggalas tugas sebagai menteri sehingga kekalahannya dalam Pilihan Raya Umum Ke-15, yang lalu.
Empat penemuan anak penyu berkepala dua
Setakat ini hanya seekor sahaja yang masih hidup dan bakinya mati sebelum menetas.
Anak penyu agar berkepala dua ditemukan
Ia adalah penemuan pertama di pusat konservasi itu bagi anak penyu berkepala dua yang masih hidup.
Penyu agar ditemukan mati, dipercayai akibat unsur khianat
Terdapat batu bata yang diikat pada bahagian kepala dan kaki depan penyu tersebut dipercayai bertujuan membataskan pergerakan haiwan itu dan menenggelamkannya ke dasar laut.
Penyu agar betina ditemui mati di perairan Pulau Kapas, dipercayai dibunuh
Seekor penyu Agar betina ditemukan mati dengan kesan kelar di bahagian leher di perairan Pulau Kapas dekat Marang, dipercayai dibunuh pihak tidak bertanggungjawab.
Tiga penyu agar dewasa ditemukan mati di Terengganu hari ini
Tiga bangkai penyu agar dewasa ditemukan di tiga lokasi sekitar daerah Kuala Nerus hari ini iaitu Seberang Takir, Pengkalan Maras dan Pulau Redang.
Jabatan Perikanan diarah perhebat penguatkuasaan elak kematian penyu
Penguatkuasaan perlu dilakukan secara lebih serius dan menyeluruh supaya kematian penyu tidak berulang.
Lagi penyu agar ditemukan mati di Pantai Kijal
Difahamkan, ini adalah penyu yang ke-19 ditemukan terdampar di pesisir pantai Terengganu pada tahun ini.
Anak penyu agar betina dijumpai di Pantai Pulau Kekabu
Seekor anak penyu agar betina dijumpai di Pantai Pulau Kekabu di sini hari ini, dalam keadaan lemah.
Lagi penyu agar ditemukan mati di pantai Terengganu
Suri rumah yang menemukan bangkai penyu tersebut berkata tiada sebarang kesan kecederaan pada haiwan itu.
Lagi penyu agar ditemukan mati di Terengganu
Pengarah Jabatan Perikanan Negeri Ruzaidi Mamat berkata penyu berukuran 80 sentimeter (cm) panjang dan 69cm lebar itu dipercayai mati akibat lemas terperangkap pada pukat.